SEMUA PELAJAR-PELAJAR DARI MALAYSIA,
PESANAN KESELAMATAN
Sebagaimana saudara/saudari telah sedia maklum, pada masa ini (winter) waktu malam menjadi lebih panjang daripada waktu siang. Secara tidak langsung sebahagian daripada pergerakan saudara/saudari untuk pergi/balik ke kuliah dan untuk tujuan-tujuan lain lebih banyak melibatkan waktu malam berbanding sebelumnya. Walaupun keadaan keselamatan pada keseluruhannya adalah baik, Kedutaan Besar Malaysia ingin mengingatkan saudara/saudari supaya sentiasa berhati-hati semasa dalam perjalanan. Di antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
• Sentiasa bergerak dalam kumpulan;
• Menghadkan pergerakan pada waktu malam kepada urusan-urusan yang perlu sahaja; dan
• Mengelakkan daripada mengunjungi tempat yang menjadi tumpuan kumpulan-kumpulan tertentu.
KEHILANGAN PASPORT DI LUAR RUSIA
Seperti biasa semasa cuti musim sejuk, ramai di antara saudara/saudari akan mengambil kesempatan ini untuk melancong di negara-negara di sekitar Rusia. Kedutaan Besar Malaysia ingin menasihatkan agar saudara/saudari menjaga pasport masing-masing dengan baik semasa berada di luar negara. Jika berlaku kehilangan pasport, saudara/saudari perlu menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di negara berkenaan untuk meminta bantuan. Adalah diingatkan bahawa Sijil Perakuan Cemas yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berkenaan kepada saudara/saudari sebagai dokumen perjalanan sementara untuk mengganti pasport tidak boleh digunakan untuk masuk ke Rusia kerana saudara/saudari tidak mempunyai entry visa. Saudara/saudari adalah dinasihatkan menggunakan Sijil Perakuan Cemas tersebut untuk pulang ke Malaysia dengan segera, membuat permohonan pasport dan visa sebelum datang semula ke Rusia.
Sekian dimaklumkan.
Pesanan Kedutaan 16 Disember 2008
17 December 2008
Posted by MSAVolgograd at Wednesday, December 17, 2008 0 comments
Labels: Kedutaan, Pengumuman
Subscribe to:
Comments (Atom)