RSS

Tentang Permit Peperiksaan [допуск]

31 December 2009

Dekan pelajar luar negara, Dmitry Nikolaevich Emelyanov, akan berjumpa dengan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah mendapati permit peperiksaan kerana terdapat masalah di dalam proses legalisasi dokumen-dokumen mereka, pada 11 haribulan Januari 2010 selepas pukul 2 petang.

Setiap kes akan diselesaikan secara individu.

Harap Maklum.

Berkenaan Tarikh Terakhir Semester Musim Bunga 2010

29 December 2009

Harap maklum bahawa tarikh tepat untuk pengakhiran semester musim bunga 2010 hanya akan ditentukan pada Februari 2010. Tiket yang ditempah atau dibeli sebelum pengumuman tarikh tersebut adalah risiko yang perlu ditanggung pelajar sendiri.

Jawatankuasa MSA ingin menasihatkan pelajar-pelajar supaya tidak membeli atau menempah tiket sebelum tarikh tersebut diumumkan. Jawatankuasa MSA menekankan bahawa tarikh jangkaan tidak boleh dianggap betul dan ia mungkin akan ditukar.

Mengenai praktikal pelajar tahun ke-2, pihak Jawatankuasa masih mencuba untuk meyakinkan pihak Universiti. Kata rasmi daripada pihak Universiti ialah praktikal yang telah ditetapkan tidak boleh ditukar kerana ia merupakan arahan daripada Malaysian Medical Council [MMC].

Jawatankuasa juga sedang menunggu maklumat mengenai jangka masa pelajar perlu pulang sebelum tarikh luput visa.

Pihak Jawatankuasa ingin mengucapkan selamat bercuti kepada pelajar-pelajar dan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat berjaya dalam peperiksaan.

Sukan Cuti Christmas VSMU untuk pelajar asing

28 December 2009

Volgograd State Medical University akan menganjurkan acara sukan untuk pelajar-pelajar asing. Aturcara program adalah seperti berikut:-

4 Januari 2010 [Isnin]

* 10.00 - Futsal [Stadium Manezh]
* 11.00 - Bola jaring - gelanggang besar
- Volleyball [wanita] - gelanggang kecil

5 Januari 2010 [Selasa]

* 13.00 - Bola tampar - ahli pasukan berdasarkan tahun pengajian [6 lelaki/6
wanita]
- ping pong perseorangan - gelanggang kecil
* 16.00 - Bola keranjang

6 Januari 2010 [Rabu]

* 10.00-12.00 - Badminton perseorangan

Perlawanan Akhir

* 14.00 - Catur
* 14.00 - Bola keranjang- akhir
* 14.30 - Bola keranjang- ahli fakulti lwn pelajar
* 14.30 - Darts
* 15.00 - Bola tampar- lelaki akhir
* 16.00 - Majlis penyampaian hadiah


Sesiapa yang berminat untuk menyertai bola jaring dan bola tampar wanita, sila hubungi Bahanee di talian 89061688931
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Selva di talian 89053344451

PERHATIAN: Pelajar yang akan bercuti ke luar negara Rusia

21 December 2009

Kedutaan Malaysia di Moscow mewajibkan semua pelajar di negara asing yang akan meninggalkan negara tempat pengajian untuk bercuti mengisi "Borang Permohonan Keluar Dari Negara Pengajian". Borang yang telah siap diisi harus dihantar melalui email atau pos biasa, alamat berkenaan disenaraikan di bawah.

 Berikut adalah mesej dari Kedutaan Malaysia, Moscow:-

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  1. Bersama-sama ini saya sertakan Borang Permohonan Keluar Dari Negara Pengajian untuk di isi oleh semua pelajar-pelajar Malaysia yang ingin keluar dari Russia untuk bercuti ke Malaysia atau mana-mana negara.  Untuk makluman juga borang ini haruslah diisi setiap kali para pelajar keluar dari negara pengajian merekabagi tujuan rekod di Kedutaan Besar Malaysia Moscow jika terdapat kes-kes kecemasan.
  2. Saya berharap agar semua Persatuan-persatuan Pelajar Malaysia di semua universiti dapat memanjangkan makluman ini kepada semua pelajar-pelajar.  Borang-borang yang telah lengkap boleh diserahkan kembali kepada Pejabat JPA, Moscow melalui email, hantaran tangan atau menggunakan perhidmatan pos.
    Sekian, terima kasih.

    Suriyanti Safian
    Pejabat JPA, Moscow
    Kedutaan Besar Malaysia, Moscow

Alamat:
Mosfilmovskaya Ulitsa 50
117192 Moscow
Russian Federation

E-mail: malmoscow@kln.gov.my

Download link for the Borang Permohonan Keluar Dari Negara Pengajian: Sini

Harap Maklum

Pendidikan Medikal Berterusan 19/12/2009

20 December 2009

M&M telah menganjurkan suatu sesi yang dikenali sebagai Pendidikan Medikal Berterusan pada 19hb Disember 2009 di Bilik Belajar Asrama Hiroshima. Topik yang telah dibincang ialah Hyponatriemia dan perbincangan 'case studies'. Sesi tersebut diketuai saudari Dhivyah dan saudara Kok Xian.








Fail daripada sesi ini boleh didapati daripada bahagian Materials di blog onestopvolgo:
Onestopvolgo

Kemas kini Mesyuarat M&M

Pada Sabtu ini, sesi M&M akan diadakan di bawah penyeliaan Dhivyah dan Kok Xian. Saudari Dhivyah akan bercakap mengenai Hyponatriemia manakala saudara Kok Xian pula akan berbincang mengenai beberapa 'case studies'. Sesi ini akan diadakan pada 5.00p.m. - 7.00p.m. di Bilik Belajar Asrama Hiroshima.

Harap Maklum.

Perayaan Tahun Baru VSMU

Pada hari Rabu bersamaan 23 Disember 2009, Volgograd State Medical Academy akan mengadakan konsert sempena Perayaan Tahun Baru di Aktovii Zal di Bangunan Utama pada 1.00pm. Pertunjukan oleh pelajar termasuk acara menyanyi, menari, melakon, dll.

Sila dimaklumkan bahawa semua pelajar daripada pre-medikal sehingga tahun ke-4 dikecualikan daripada kelas dan diwajibkan menghadiri konsert ini.

Pelajar tahun ke-5 dan ke-6, yang mengambil bahagian dalam konsert tersebut, juga dikecualikan daripada sebarang kelas dan kuliah.

Mesyuarat M&M dan Sesi Mencari Ahli Baru Biro Akademik

Persatuan Mentor dan Mentee [M&M] ingin mengumumkan bahawa suatu sesi belajar akan diadakan pada minggu ini. Sesi tersebut terbuka kepada semua pelajar.

(PHARMACOLOGY)
UNTUK PELAJAR TAHUN KE-3
AHAD (20 DIS 09) • 12.00PM – 2.00PM • BILIK BELAJAR

TOPIC: COLLOQIUM EXECUTIVE ORGANS
MENTOR: AHMAD RAMDAN ZAINORDIN

(CHEMISTRY and ANATOMY)
UNTUK PELAJAR TAHUN PERTAMA dan KE-2
JUMAAT (18 DIS 09 )• 7 PM – 9 PM • BILIK BELAJAR
MENTOR: SYED AIDID SYED ABDUL RAHMAN

Biro Akademik sedang mencari pelajar yang sudi dan sukarela hendak menjadi Mentors/Tutors. Sesiapa yang berminat sila hadir pada mesyuarat Ahad ini di Bilik Belajar di Asrama Hiroshima pada 2.15pm.

Peringatan daripada Prorektor Pelajar Antarabangsa, En. A.A. Spasov

13 December 2009


Yang dihormati En. Alexander Alexevich Spasov mengirim salam dan mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa baru MSA Volgograd State Medical University kerana terpilih untuk memikul tanggungjawab menjaga kebajikan komuniti pelajar Malaysia. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa peringatan kepada para pelajar.
1.       Semua sedia maklum bahawa peperiksaan semakin hampir. Prorektor mendesak supaya pelajar tidak ragu-ragu untuk berhubung dengan pejabat dekan sekiranya mana-mana guru memberi kesukaran yang tidak sepatutnya kepada anda semasa mendapatkan zachots.
2.       En. Spasov memperingatkan pelajar bahawa pemeriksa amat teliti dan peka, sebarang percubaan untuk meniru (semasa peperiksaan) akan didenda dengan tegas.
3.       Pelajar yang mempunyai masalah berkenaan dokumen sijil akademik didesak untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Ini terutamanya penting untuk pelajar tahun 5 dan 6.
4.       Pelajar yang tinggal di asrama harus mempunyai pasport, kad imigresen, slip pendaftaran dan dokumen lain pada setiap masa. Pegawai Jabatan Imigresen Russia mungkin akan mengunjungi tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu untuk memeriksa dokumen tersebut.
5.       Pejabat Prorektor memperingatkan pelajar supaya mematuhi semua peraturan asrama, antaranya, tidak membakar mercun dalam asrama, jangan mengunakan pemanas mudah alih, dll. Sesiapa yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan keras (hukuman maksima - buang universiti dan negara).
En. Alexander Alexevich Spasov juga menasihatkan pelajar untuk belajar rajin-rajin sebagai persediaan menghadapi ujian dan peperiksaan. Beliau berharap semua pelajar dalam keadaan sihat dan mengucapkan terima kasih kepada pelajar terlebih dahulu di atas kerjasama yang diberikan.

Notis Daripada Presiden MSA 09/10

11 December 2009

PERHATIAN
PASPORT

    1. Sesiapa yang kehilangan PASPORT di luar wilayah Rusia dinasihatkan supaya membuat laporan polis dan menghubungi Kedutaan Malaysia atau Konsulat di negara yang anda berada SERTA-MERTA.
    2. Untuk keselamatan, sila dapatkan cara menghubungi (alamat, nombor telefon, email dll.) Kedutaan Malaysia atau Konsulat negara yang akan dikunjungi.
    3. Malaysian Embassy in Moscow +74991471512 
    4. Pelajar yang masih belum menyerahkan 1 salinan pasport kepada Wakil Pelajar, sila berbuat demikian selewat-lewatnya pada hari RABU 16.12.2009 (terutamanya kepada pelajar tahun pertama dan premedikal).
    5. Sesiapa yang telah memperbaharui pasport perlu menyerahkan 1 salinan pasport baru kepada Wakil Pelajar masing-masing.
    6. Salinan pasport yang diserahkan kepada pihak MSA akan disimpan dan dilindungi rapi, ia cuma akan digunakan dalam keadaan kecemasan.
    Mencari rekrut untuk menjadi ahli krew BIRO MEDIA Malaysian students' association (MSA)

                Syarat:
      1. Mempunyai pengalaman mengubai suai & mereka cipta penampilan blog, kemaskini, HTML dll.
      2. Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik dan boleh menyampaikan maklumat dalam bentuk tulisan yang menarik dan betul ejaan serta tatabahasa.      
            .:.  Sesiapa yang berminat boleh menyampaikan niat, serba sedikit tentang pengalaman dalam multimedia dan bagaimana anda menyumbang sebagai KREW BIRO MEDIA (BI, BM, penulis rencana, pengarah video dll.) kepada Wakil Pelajar masing-masing.

            .:. Jika terdapat sebarang kemusyikilan dan pertanyaan sila berjumpa dengan Wakil Pelajar anda atau menghubungi kami terus melalui msavsmu@gmail.com

      Menyumbang kepada orang lain dan diri sendiri
                Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa MSA telah membina satu blog baru:


                Blog ini mengandungi banyak sumber maklumat perubatan bertujuan membantu pelajar dari segi akademik.
                Kami dengan ikhlas meminta dan mengalu-alukan sumbangan kepada blog tersebut dalam bentuk nota, e-buku, bahan khuliah, video, dokumen Powerpoint, bahan persediaan ke pemeriksaan, dll.

                .:. Semua sumbangan dihargai dan dialu-alukan.  

        Terima kasih

        Presiden MSA 09/10
        08/12/09





          Senarai AJK MSA VSMU 09/10

          08 December 2009

          Pada Jumaat, 4hb Disember 2009, Pilihanraya Umum Tahunan ke-3 Persatuan Pelajar Malaysia [PPM] telah berlansung di Dewan Kuliah No. 3 di Bangunan Utama Volgograd State Medical University.

          Majlis bermula dengan ucapan wakil Suruhanjaya Pilihanraya, diikuti dengan ucapan Presiden MSA En. Hilmi (sekarang bekas Presiden) dan saudara Selvanayagam Shanmuganathan. Seterusnya, calon-calon diperkenalkan dan pelajar Malaysia mengundi ahli-ahli Jawatankuasa PPM 2009/10. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa baru:

          Jawatankuasa PPM VSMU 2009/10

          Photobucket

          Presiden: Chai Chan Sin
          Naib Presiden: Mohd Nadzrul Shah bin Mohd Junit
          Naib Presiden: Navaresh Rethasingam

          Setiausaha: Aida Atirah binti Azmal
          Naib Setiausaha: Lee Jiann Woei

          Bendahari: Rathiga Krishnamani
          Naib Bendahari: Ng Xun Jin

          Pengarah Biro Akademik: Ahmad Ramdan Zainordin
          Naib Pengarah Biro Akademik: Chien Keat Leong

          Pengarah Biro Media: Johan Ariff bin Juhari
          Naib Pengarah Biro Media: Ling Jyh Chyang

          Wakil Pelajar:
          Wakil Pelajar Premedikal: Michael Chia Yik Luei
          Wakil Pelajar Tahun Pertama: Husaini bin Hod
          Wakil Pelajar Tahun Kedua: Daniel Matthew
          Wakil Pelajar Tahun Ketiga: Muhd Khairul Afham bin Mohd Azemi
          Wakil Pelajar Tahun Keempat: Ezuwan bin Ezani
          Wakil Pelajar Tahun Kelima: Ng Wen Gen
          Wakil Pelajar Tahun Keenam: Mohd Hafizuddin bin Husin

          Pihak Jawatankuasa PPM mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti Malaysia di Volgograd kerana sudi hadir ke Pilihanraya Umum ke-3 dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.