PERHATIAN
PASPORT
- Sesiapa yang kehilangan PASPORT di luar wilayah Rusia dinasihatkan supaya membuat laporan polis dan menghubungi Kedutaan Malaysia atau Konsulat di negara yang anda berada SERTA-MERTA.
- Untuk keselamatan, sila dapatkan cara menghubungi (alamat, nombor telefon, email dll.) Kedutaan Malaysia atau Konsulat negara yang akan dikunjungi.
- Pelajar yang masih belum menyerahkan 1 salinan pasport kepada Wakil Pelajar, sila berbuat demikian selewat-lewatnya pada hari RABU 16.12.2009 (terutamanya kepada pelajar tahun pertama dan premedikal).
- Sesiapa yang telah memperbaharui pasport perlu menyerahkan 1 salinan pasport baru kepada Wakil Pelajar masing-masing.
- Salinan pasport yang diserahkan kepada pihak MSA akan disimpan dan dilindungi rapi, ia cuma akan digunakan dalam keadaan kecemasan.
Malaysian Embassy in Moscow +74991471512
Mencari rekrut untuk menjadi ahli krew BIRO MEDIA Malaysian students' association (MSA)
Syarat:
- Mempunyai pengalaman mengubai suai & mereka cipta penampilan blog, kemaskini, HTML dll.
- Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik dan boleh menyampaikan maklumat dalam bentuk tulisan yang menarik dan betul ejaan serta tatabahasa.
.:. Sesiapa yang berminat boleh menyampaikan niat, serba sedikit tentang pengalaman dalam multimedia dan bagaimana anda menyumbang sebagai KREW BIRO MEDIA (BI, BM, penulis rencana, pengarah video dll.) kepada Wakil Pelajar masing-masing.
Menyumbang kepada orang lain dan diri sendiri
Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa MSA telah membina satu blog baru:
Blog ini mengandungi banyak sumber maklumat perubatan bertujuan membantu pelajar dari segi akademik.
Kami dengan ikhlas meminta dan mengalu-alukan sumbangan kepada blog tersebut dalam bentuk nota, e-buku, bahan khuliah, video, dokumen Powerpoint, bahan persediaan ke pemeriksaan, dll.
Terima kasih
Presiden MSA 09/10
0 comments:
Post a Comment