RSS

Peringatan daripada Prorektor Pelajar Antarabangsa, En. A.A. Spasov

13 December 2009


Yang dihormati En. Alexander Alexevich Spasov mengirim salam dan mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa baru MSA Volgograd State Medical University kerana terpilih untuk memikul tanggungjawab menjaga kebajikan komuniti pelajar Malaysia. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa peringatan kepada para pelajar.
1.       Semua sedia maklum bahawa peperiksaan semakin hampir. Prorektor mendesak supaya pelajar tidak ragu-ragu untuk berhubung dengan pejabat dekan sekiranya mana-mana guru memberi kesukaran yang tidak sepatutnya kepada anda semasa mendapatkan zachots.
2.       En. Spasov memperingatkan pelajar bahawa pemeriksa amat teliti dan peka, sebarang percubaan untuk meniru (semasa peperiksaan) akan didenda dengan tegas.
3.       Pelajar yang mempunyai masalah berkenaan dokumen sijil akademik didesak untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Ini terutamanya penting untuk pelajar tahun 5 dan 6.
4.       Pelajar yang tinggal di asrama harus mempunyai pasport, kad imigresen, slip pendaftaran dan dokumen lain pada setiap masa. Pegawai Jabatan Imigresen Russia mungkin akan mengunjungi tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu untuk memeriksa dokumen tersebut.
5.       Pejabat Prorektor memperingatkan pelajar supaya mematuhi semua peraturan asrama, antaranya, tidak membakar mercun dalam asrama, jangan mengunakan pemanas mudah alih, dll. Sesiapa yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan keras (hukuman maksima - buang universiti dan negara).
En. Alexander Alexevich Spasov juga menasihatkan pelajar untuk belajar rajin-rajin sebagai persediaan menghadapi ujian dan peperiksaan. Beliau berharap semua pelajar dalam keadaan sihat dan mengucapkan terima kasih kepada pelajar terlebih dahulu di atas kerjasama yang diberikan.

0 comments: